Penyatuan Hutang
Satukan komitmen & rendahkan bayaran bulanan dalam satu pembiayaan sahaja.
Ketahui lanjut tentang Penyatuan HutangHab Penstrukturan Kewangan
Dapatkan sejumlah tunai di tangan dengan struktur semula rekod kewangan ke arah yang lebih stabil.
Kami membantu penjawat awam, kakitangan badan berkanun / Government Linked Companies (GLC) untuk menyusun semula komitmen kewangan dan menghubungkan anda dengan bank serta koperasi untuk kelulusan pembiayaan berdasarkan kelayakan semasa & kemampuan bayaran semula, di samping membaik pulih rekod kewangan buruk sedia ada.
Atau terus WhatsApp perunding kamiPenghubung Pembiayaan Anda
Tidak perlu berurusan seorang diri. Perunding kami menilai profil anda, memadankannya dengan bank atau koperasi yang sesuai, dan mengurus permohonan anda dari awal hingga proses kelulusan berlangsung.
Perkhidmatan Kami
Lima cabang perkhidmatan untuk membantu anda memahami, menyusun dan mengurus komitmen kewangan dengan lebih yakin.
Satukan komitmen & rendahkan bayaran bulanan dalam satu pembiayaan sahaja.
Ketahui lanjut tentang Penyatuan HutangNilai semula komitmen dan potongan gaji bulanan untuk aliran tunai yang lebih seimbang.
Ketahui lanjut tentang Penstrukturan Semula KewanganKetahui gambaran awal kelayakan pembiayaan anda sebelum membuat sebarang permohonan.
Ketahui lanjut tentang Semakan Kelayakan PembiayaanKami memberi solusi dan mengendalikan kes SAA, CTOS, legal, tunggakan dan AKPK.
Ketahui lanjut tentang Penyelesaian Rekod Kewangan BermasalahBimbingan profesional dan sokongan peribadi di setiap langkah permohonan anda.
Ketahui lanjut tentang Khidmat Nasihat KewanganCeritakan keadaan anda dan perunding kami akan membantu menentukan langkah seterusnya.
Tanya PerundingPakar Kes Kewangan Yang Rumit
Rekod kewangan yang bermasalah bukan pengakhiran. Pasukan kami mengendalikan kes SAA, legal, tunggakan, AKPK dan rekod CTOS “blacklist” — dan bagi pelanggan yang layak, kami akan membantu menyelesaikan masalah seperti yang disebutkan bagi kelancaran proses kelulusan dari pihak bank dan koperasi yang dihubungkan.
Akaun Perhatian Khusus (Special Attention Account) dalam CCRIS akibat tunggakan atau penjadualan semula yang menyekat permohonan baharu.
Kami semak status SAA anda dan rangka langkah penyelesaian yang sesuai.
Rujuk kes SAAPembiayaan yang telah dikenakan notis tuntutan, saman atau tindakan mahkamah oleh bank atau koperasi.
Kami nilai kedudukan kes dan bimbing anda ke arah penyelesaian yang realistik.
Rujuk kes LegalAnsuran bulanan yang tertunggak dan semakin bertambah, sehingga menjejaskan rekod kredit anda.
Kami susun pelan penyelesaian tunggakan berdasarkan kemampuan sebenar anda.
Rujuk kes Tunggakan PembiayaanPeserta atau bekas peserta Program Pengurusan Kredit AKPK yang ingin tahu pilihan kewangan yang masih terbuka.
Kami terangkan pilihan dan langkah seterusnya mengikut status program anda.
Rujuk kes AKPKRekod negatif dalam CTOS yang menyebabkan permohonan pembiayaan sering ditolak.
Kami bantu semak rekod, selesaikan isu tertunggak dan urus kemas kini status.
Rujuk kes Rekod CTOS BlacklistGabungan beberapa masalah sekaligus juga boleh dinilai. Ceritakan keadaan anda secara sulit kepada perunding kami.
Cara Kami Menyelesaikan
Perunding akan mengenal pasti masalah dan mengendalikan dokumen untuk semakan:
Semakan berlangsung dalam 3–5 hari waktu bekerja dan perunding akan berhubung semula untuk mengesahkan perihal kewangan anda sebelum kiraan disahihkan.
Perunding akan memaklumkan status kelayakan. Sekiranya ada kelayakan, jumlah kelayakan akan dibentangkan bersama penerangan lanjut.
Satu persetujuan hitam putih melalui akujanji akan diberikan kepada pemohon yang bersetuju untuk meneruskan urusan penstrukturan kewangan di bawah Soulusi Perdana.
Proses penyatuan hutang, penyelesaian blacklist (jika ada) hingga selesai pengeluaran pinjaman baharu.
Semua urusan tertakluk kepada pengiraan kelayakan dan persetujuan bertulis bersama pelanggan. Kelulusan akhir pembiayaan dibuat oleh bank atau koperasi berkenaan.
Pelanggan Kami
Soulusi Perdana menjadi pilihan utama di kalangan penjawat awam, kakitangan badan berkanun / Government Linked Companies (GLC) dan juga pekerja swasta profesional.
Kami memahami struktur gaji, potongan dan komitmen yang lazim dihadapi oleh penjawat awam, kakitangan badan berkanun (GLC) & pekerja swasta profesional.
Pemohon dengan potongan gaji sedia ada yang tinggi, rekod AKPK atau rekod kredit yang kurang baik juga boleh memohon penilaian awal — setiap kes dinilai secara individu.
Kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri.
Kakitangan agensi dan badan berkanun.
Kakitangan syarikat berkaitan kerajaan yang layak.
Dinilai berdasarkan kelayakan setiap pemohon.
Testimoni Pemohon
Maklumat peribadi pelanggan telah disembunyikan bagi menjaga privasi.
Pasukan Kami

Soalan Lazim
Masih mempunyai soalan? Perunding kami sedia membantu melalui WhatsApp.
Tidak. Soulusi Perdana ialah firma perundingan kewangan. Kami tidak memberi pinjaman dan tidak meluluskan pembiayaan. Kami membantu menilai keadaan kewangan anda dan membimbing anda melalui pilihan yang tersedia daripada penyedia pembiayaan yang berkaitan.
Fokus utama kami ialah penjawat awam, kakitangan badan berkanun dan kakitangan GLC yang layak. Pemohon sektor swasta terpilih juga boleh dinilai, tertakluk kepada kelayakan.
Kami menghubungkan anda dengan bank dan koperasi yang produknya sesuai dengan profil anda, membantu menyediakan dokumen yang lengkap, dan mengurus permohonan sehingga keputusan diterima. Kelulusan akhir dibuat oleh bank atau koperasi berkenaan mengikut penilaian dan syarat mereka.
Anda boleh memohon penilaian awal. Setiap kes dinilai secara individu, dan perunding akan menerangkan pilihan yang realistik untuk keadaan anda.
Boleh, bagi pelanggan yang layak. Kami membuat pengiraan awal terlebih dahulu. Jika anda layak dan bersetuju dengan terma yang diterangkan, pihak kami akan mengeluarkan dana untuk menyelesaikan dahulu SAA, kes legal, tunggakan, AKPK atau rekod CTOS yang berkaitan, sebelum permohonan dihantar ke bank atau koperasi supaya kelulusan akhir lebih lancar.
Bagi pemohon yang layak, pembiayaan berpotensi sehingga RM400,000 dengan tempoh sehingga 10 tahun, di mana produk berkaitan menyokongnya. Amaun dan tempoh sebenar bergantung pada profil anda, produk penyedia yang terlibat dan kelulusan.
Untuk semakan awal, kami hanya memerlukan maklumat asas seperti sektor pekerjaan, pendapatan kasar dan anggaran potongan gaji bulanan. Kami tidak meminta No. Kad Pengenalan, kata laluan bank atau dokumen sensitif melalui borang di laman web ini.
Cara paling pantas ialah melalui WhatsApp. Anda boleh memilih untuk menghubungi En. Faliq, Pn. Natrah atau En. Faizul Akmal terus dari mana-mana butang WhatsApp di laman ini, menghubungi pejabat di 03-6039 3165, atau mengisi borang Semakan Kelayakan.
Hubungi Perunding
Pilih perunding untuk memulakan perbualan WhatsApp.